::Kisah Perantau Di Negeri Berhujan Emas::




Assalamualaikum...


Saya akan mulakan bicara tentang kisah seorang manusia yang pergi mengikut haluan hidup yang telah ditetapkan di negeri berhujan emas, dan negeri berhujan batu ditinggalkan demi mendapatkan emas untuk menampung kehidupan.

Perjalanan bermula tatkala dia mendapat peluang untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan untuk diguna di masa hadapan. Berat hati ingin meninggalkan kawasan yang sedia dia tahu selok belok dan susur belukar yang sekian lama di laluinya.Meninggalkan senyuman-senyuman yang sentiasa terukir tatkala berselisihan dengannya, ibu ayah yang menjadi tempat suka duka harus ditinggalkan, adik-adik tempat gurau senda dilepaskan, hanya kerana ingin mencari ilmu dan pengalaman. 

Di tempat asing, udaranya tidak sama. Di tempat asing, awan yang terbentuk bebrbeza. Dia cuba mencari ruang udara untuk bernafas di tempat itu. Dia cuba mencari tempat berteduh di kawasan itu. Dia cuba menyesuaikan diri di persekitaran itu. Sesungguhnya semua itu sungguh asing baginya.

Di negeri ini, dia mendapat banyak pengalaman. Dia mendapat banyak ilmu baru untuk kegunaan masa hadapan. Dia mendapat sahabat dan rakan. Dia mendapat sedikit kegembiraan. Kini dia dapat bernafas di negeri asing ini. Di negeri ini juga, dia mendapat emas yang dihujankan. Dia mendapat kehidupan disini. 

Walau negeri ini mencurahkan hujan emas, tetapi hujan batu di negeri sendiri tetap dirindui. Hatinya tetap berada di sana. Bersama ayah bonda, adik2 dan rakan serta keluarga. Hati sentiasa meronta2 untuk kembali, tapi demi mencari rezeki di tutupkan kaa hati...








Erk, actually tah mne dapat ayat2 kat atas. Aku cm geli lak bce. Hahahaha. Maybe sebab ramai da blik n aku still kat ofis kot feeling lbey lak.HAhahahaha. Padahal jap g aku nk blik dah. Keh3. Over sgt. Ayat last tu aku da blur. X tau nk tulis ape. Aku bkn reti sgt buat karangan. Hahahhaha. Sabo jee lee. Nway, Slaamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin! 




Haha, nampak sgt kad raya tu plagiarize.
StarzRebel*