::Patutkah?::


Patutkah aku remove kau dari friend list aku?

Sepatutnya aku buang tp nanti pelik sebab nanti kau mencari punca mengapa aku membuang kau dari friend list aku dan semua perkara akan terbongkar.

Patutkah aku tidak menegur kau bila kita bertemu?
Sepatutnya aku x perlu menegur kau sebab semakin aku tegur semakin aku tertekan dengan persaan aku ini.

Patutkah aku membenci kau untuk melenyapkan apa yg ada dalam hatiku ini?
Sepatutnya aku membenci kau tapi bagaimana caranya? Kita selalu berjumpa kerana kau juga belajar di tempat yang sama aku belajar.

Patutkah aku membiarkan perasaan ini memakan aku untuk kesejahteraan kau?
Sepatutnya aku tidak harus kalah pada perasaan ini kerana aku perlu hidup untuk diri aku sendiri.

Patutkah aku memutuskan tali persahabatan dengan kau kerana perasaan itu?
Sepatutnya aku perlu kerana dengan ini aku mampu melupakan kau tapi apa alasan yang munasabah aku mampu berikan untuk memutuskan tali persahabatan ini? Aku kebuntuan.

Patutkah aku berpura-pura tentang kehadiran kau?
Sepatutnya aku perlu berpura-pura kau tidak wujud tapi bagaimana? Sedangkan kau tidak ada di depan aku, aku sudah terbayang-bayang kehadiran kau.

Patutkah aku teruskan perasaan ini?
Sepatutnya aku lupakan kerana aku tahu kau bukan untuk aku.




I know i shouldn't had that stupid feeling.
I shouldn't throw myself to that person.
I should become much more stronger rite now.

Be stronger!,
StarzRebel*

No comments: